Lantas aku bangun dan kembali ke bilik aku untuk mempersiapkan diri , mandi, solat dan berbaju sukan. Seperti dijanjikan cikgu Zul sudah bersiap menunggu di hadapan balai pengawal, menanti dengan sabar kedatangan semua ahli kumpulan kami. Cikgu buat sedikit kejutan rupanya, pagi itu bukan kami sahaja yang kena berstamina ke pantai, tetapi jugak ahli pasukan hoki perempuan.
Pagi itu, kami berderap komando ke pantai. Tapi kali ini, semua berazam agar tidak ditinggalkan di belakang pemain pompuan. Semua berlagak nak tunjuk hebat! Tapi memang kami hebat, minggu sebelum nie kami dah berlari mendaki Bukit Pelindung.
Dengan motivasi cerita tentang matahari pagi sedang naik yang cantik di tambah pula di ekori oleh peserta wanita. Dengan pantasnya kami tiba ke pantai teluk cempedak! Setelah membuat sedikit senaman ringkas sambil berlagak kepada pengunjung lain, Cikgu zul lepaskan kami untuk acara bebas. Pagi yang nyaman, ramai mengambil keputusan untuk melihat mentari naik. Tapi kami harus kembali ke hostel semula dengan berjalan kaki.
No comments:
Post a Comment