Tugasan-tugasan yang belum siap, dan tarikh semakin dekat. Ditambah pula gatal tangan mendaftarkan diri sebagai reviewer. Dapat "bonus" 3 paper untuk di review. Berkecamuk jiwa dan raga aku.
Letih berkenduri 2 minggu lepas, aku rasa masih belum pulih. Mood masih berkisar pada nak berehat dan berehat. Tersampuk apakah aku ini?
Argh! Aku mesti kuat dan tabah..
Aku mesti kuat dan tabah
aku mesti kuat dan tabah
aku mesti kuat dan tabah
perjalanan masih belum bermula, aku baru sahaja mengetus bunga-bunga perjalanan panjang itu. Kalau ini sudah menjadi kerikil, apakah nanti yang akan datang itu badai? Aku tidak tahu, harapan aku ia hanyalah kekacang kuda yang sedap dikunyah walau sakit terasa di gigi.
Argh aku mesti kuat dan tabah serta tawakal!
Bukankah aku masih punya Tuhan!
"restuilah doa yang kami panjangkan padaMU ya Allah"
** ketika ini flute dari filem kill bill sedang ke udara
dramatik sekali..
ReplyDelete