Aku selalu singgah di situ menghabiskan 2 biji roti canai kosong "banjir" dan segelas teh tarik kerana aku tidak suka makan nasik kerabu.
Ada sebuah meja di kedai itu yang menarik minat aku. Setiap kali aku datang, meja itu dihuni oleh orang yang bersih mukanya, luas dahinya, bercakap dalam nada yang tidak tinggi dan tidak rendah dan kekadang ada maksud tersirat di dalam baris perkataan yang diluahkan. Selalunya tentang "perjuangan yang belum tamat" kekadang tentang kemanusian yang semakin hilang.
Ada yang berkopiah, berkain pelekat, berserban dan ada yang kemas berpakaian pejabat. Dan ada yang kelihatan rakyat biasa-biasa sahaja.
Dari sudut aku duduk, aku merasakan kehebatan makan di meja itu. Hanya sebuah meja kayu yang hanya ada hamparan warna kuning untuk menutup kerutu di atasnya mungkin tapi di kelilingi oleh orang yang aku rasakan ada kehebatan tersendiri.
Aku selalu bertanya,Apa yang menarik sangat di meja itu?
No comments:
Post a Comment