Saturday, June 27, 2009

Sipadan oh Sipadan

Oh Sipadan, antara pulau yang dikatakan tercantik dalam dunia. Peluang untuk aku hadir ke pantaimu kini sudah ada di depan mata. Kalau tiada aral melintang malam ini pasti aku akan bertolak ke sana.

Peluang tidak akan datang dua kali, aku selalu akan ingat kata-kata Rod Stewart dalam lagunya itu. Sebab itu aku sekarang berada dalam keadaan berbelah bahagi. Antara mau pergi atau pun tidak. Semua persediaan sudah dilakukan, semua sekarang bergantung kepada diri aku untuk menghadirkan diri atau tidak.

Tetapi perjalanan untuk ke Sipadan bukan dekat. Paling tidak bagusnya aku mesti melalui LCCT. Tak kan tak tahu LCCT, tempat rakyat biasa macam aku berkumpul untuk naik kapalterbang. Paling tak best ialah ramai jugak yang datang ke LCCT dari Melbourne, Bangkok dan China. Baca elok-elok! Melbourne tu. Melbourne! Korang bukan tak tahu Melbourne. Banyak kes import selsema babi datang dari sana.

Ini yang buat aku masih terpikir-pikir ni. Kadang-kadang terlintas jugak nak tengok acara sambutan selsema babi kat airport nie, maklumlah aku nak berjalan jauh jugak bila dah tiba masanya nanti. Nak jugak tengok persediaan orang-orang kat airport nie, pakai topeng muka ke? tak pakai ker? stanby ajer ker? Itu yang aku nak tau tu.

Isk. isk. isk susah nak buat keputusan nie, ada dalam 8 jam jer lagi nak kena pikir dan buat keputusan.

Tak de ke orang jual topeng muka untuk gas beracun macam makhluk asing tu ke. pakai yang tu lagi gempak aku rasa!


No comments:

Post a Comment

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...