Hari ini pendaftaran 2 universiti yang berdekatan, jalan jadi lebih sesak daripada biasa dan lebih bising. Aku terperangkap di laluan itu, rupanya ada kereta rosak di trafik light hadapan. Terus memecut menuju ke arah tok jembal. Aku mengambil keputusan meninjau kawasan asrama UMT. Ibu bapa kelihatan beransur pulang.
Memandu secara santai mengubat hiba tak dapat turut serta ke Sipadan. Tanpa sedar aku sudah berada di jalan belakang Airport. Secara spontan menekan brek dan masuk ke tepi apabila melihat sebuah airasia sedang bergerak perlahan untuk berlepas.
Aku matikan enjin dan menyandar melihat kapalterbang itu berlepas. Ketika mendongak ke langit memerhati airasia ini hilang dari pandangan, aku terfikir akan seseuatu. Hari ini aku memang telah ditakdirkan untuk melihat airasia terbang naik. Kalau bukan di sini, pasti aku melihatnya di sana.
dari kegelapan sudah terbit sedikit sinar kecerahan
ReplyDeletemungkinkah satu perubahan theulek dari "sawomatang" kepada "matsaleh"?
jawapan hanya satu.. tunggu
"kepada mat salleh" memang sangat melampau!!
ReplyDeleteMJ berani berubah untuk lebih baik, kenapa tidak theulek? Tiada yang melampau
ReplyDeletehahaha...
ReplyDeletenanti boleh bermain badminton di negeri orang...
TMUkmkd : maksudnya ialah berubah dengan acuan sendiri, bukan tanpa pedoman!
ReplyDeletesliper_jepun : tak leh main dah, siku dah cedera teruk!