Thursday, June 04, 2009

Tangkak 2009

Keglamoran Tangkak sebagai pusat jualan kain jenis baru berjaya menarik minat kaum-kaum ibu untuk kesana. Ibu disebelah aku pun turut terkena tempiasnya. Dengan alasan "kalau tak pergi sekarang bila lagi mau pergi", hati jadi cair untuk sampai ke situ.

Kami tiba ke Tangkak melalui Tol Tangkak dari Tol Ayer Keroh. Ketika itu senja sedang menghampiri. Pusingan pertama melalui jalan tersebut, sengaja kami menyesatkan diri ke laluan lain. Kata orang, kalau tak sesat, tak kenal!. Mungkin boleh pakai istilah tu!
Jadi pusingan kedua, aku terus memilih satu lorong dan parking je di situ.

Masing sudah berada di lorong-lorong masing. Tangkak terkenal sebagai bandar transit. Aat sibuk kerana, kereta yang menuju destinasi masing-masing pasti melalui laluan yang sempit itu.

First time berenti di Tangkak, aku sperti hilang punca, tak tau nak tuju ke mana. So jalan-jalan berlenggang di sepanjang jalan yang sibuk itu. Senja semakin berlalu, malam pun tiba dengan kegelapannya.

Aku membuat rumusan, Tangkak bukanlah satu tempat yang bagus untuk bercuti, kerana pada aku ia adalah sebuah bandar yang busuk. Sekejap-kejap bau getah sekerap akan melalui rongga hidung. Nak termuntah pun ada, nak pitam pun ada. Kadang-kadang bau itu seperti bau ada orang berak! Mungkin bau itu sudah berasimilasi dengan lain-lain bau yang ada di situ.

Aku sempat mencari stesyen bas Tangkak untuk menunaikan hajat sendiri. Tapi sebelum sampai ke situ, mesti melalui, warung orang-orang china. Aku sempat meninjau sebuah warung yang paling dekat, sedang menggoreng mee, baunya bukan main. tapi bila teringat H1N1, geli geleman tekak aku terasa dan cepat cepat aku menahan pernafasan, supaya bau mee goreng tidak lagi melalui hidung!. Tapi china memang pakar membuat mee goreng!

Tandas stesyen bas Tangkak pun sama dengan tandas awam yang lain yang aku pernah pergi. Nampak cam bersih, tapi kotor! Boleh lah melepaskan hajat yang sudah lama terbuku, elakkan menjadi batu.

Selepas itu, semua orang sudah letih, kerana tidak tau kedai mana yang menjual kain murah, kedai mana yang menjual kain terkini dan hasilnya ibu-ibu hanya-hanya membeli sepasang dua sahaja kain. tapi aku dimaklumkan, ada beberapa kedai yang menjual baju t-shirt pada harga rm10 sehelai. Jauh di bawah harga pasaran. tapi aku dah letih nak ronda semula mencari sehelai baju itu. Baik aku beli kat tempat je lah!

Perjalanan diteruskan ke Shah Alam!

2 comments:

  1. tangkak mmg bndar yg busuk..time matrik dulu, klo outing blik mesti hitam kaki. td ingtkn lalu kedai org cina jumpe che ba tp bau msknnya aja.pnh skali time abg outing kt bndar tu che ba dijual tepi jln shj. tp tangkak bkn tmpt plng sesuai beli kain, lbh baik ke segamat. tangkak lbh pd kain langsir kalo mngikut apa yang dikatakn lect waktu matrik dulu.

    ReplyDelete
  2. good info, aku tak kan singgah lagi kat situ kecuali terpaksa

    ReplyDelete

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...