Wednesday, June 03, 2009

Melaka 2009

Selepas seminggu dikurung di D'Riyaz Heritage, Ari Sabtu nak kena gi Melaka. Aduhai! Kete belum check tyre, sebab aku rasa ada sedikit gegar kat steeringnya. So Pagi sabtu yang nyaman itu, aku bangun pepagi cari kedai nak service tayar. Giler ke haper? Kedai tayar memang tak bukak pukul 8 pagi. kebanyakkannya bukak pukul 10 pagi. Mana nak cari nie. Aku merayau-rayau. last-last aku teringat depan masjid baru tok jembal ada sebuah kedai tayar yang dah dibuka ketika aku brekfast dikedai sebelah pada pukul 7.40 pagi. aku terus menuju ke sana.

Btul, kedai tersebut dah bukak tetapi pomennya belum sampai. Aku blah dan menuju ke kedai tayar yang familiar sikit. Malang! Masih tutup. Aku kembali ke kedai tayar tadi. Ketika aku sampai, aku lihat pomen berlari-lari ke arah ku dari kedai makan sebelah. Wow, dedikasinya pomen ini. Terus bertanyakan soalan padaku. aku cerita lebih kurang dia pun mula buat keje.

Aku menunggu sambil bersembang dengan ayah tuan punya kedai tu. (katanya lah, tapi aku rasa dia adalah stakeholder yang terbesar sekali).

Pukul 10. kete aku siap. Habis lah RM100 dan aku terus balik rumah meneruskan perjalanan ke Melaka.

Malam tadi aku dah merayau kat goolgle maps, dan catat apa yang patut. Jalan dari teganu ke segamat aku dah biasa, so aku tulis dari segamat sampai Tannjung keling je lah.

Mengikut laluan yang aku dah buat, perjalanan amat lancar sekali. tetapi ketika di Melaka, berlaku sedikit kesilapan, dimana, aku terus ke pukul 12 sedangkan peta menyuruh pukul 3. So tersesat lah sehingga ke jalan datok mat zin. Sampai disitu terpaksalah menggunakan talian hayat. nasib baik adik aku dalam ingat-ingat lupa, jumpa jugak cari tempat yang dituju. Kami sampai dalam pukul 9.30 malam dan masuk rumah yang disediakan oleh pihak pengantin perempuan. Makan nasik bekalan dengan lahapnya, dan terus tido.

Pukul 12 lebih baru lah aku bangun sebab, kaum ibu masih lagi bersembang dengan rancaknya, aku gi mandi, solat jamak dan sambung tido balik. Argh letihnya tubuh aku.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pagi itu aku terlambat sedikit bersolat subuh, tapi nasib baik masih dalam waktunya. Ketua rombongan membeli nasik lemak, roti canai dan roti high 5 untuk breakfast di pagi itu. Air teh dan teh 'o' pun turut di bungkus. Sebagaimana dijanjikan, pukul 8.53 sharp kami semua sudah terpacak di depan rumah pengantin perempuan. Tetapi kesilapan teknikal, menyebabkan kami terpaksa menunggu hampir setengah sebelum dibenarkan masuk. Aduhai, pengantin lelaki sampai lebih awal dari tetamu rumah pengantin perempuan. he he he ! bukan kemaruk nak kawin, tapi nak menepati janji.

Dengan 2 kali lafaz, adik ku menamatkan zaman bujang. Actually aku yang pesan, supaya jawab sebanyak 2 kali supaya tak tunjukkan kan main kemaruk nak kawin secara tersirat. Lepas akad, ada pulak acara membaca rawi dan marhaban. Aku pun join sama. Pah tu, sebelum balik, kami makan nasik yang disediakan kemudian balik.

Sebab terawal datang pagi itu, kami semua sepakat untuk datang lambat pada program kedua. So sampai rumah lepak-lepak kodo tido sampai zohor. Ingat nak continue lepak sampai pukul tetiba. Pukul 2, orang sana dah call kenapa lambat. hehehe. memang dah tujuan kami nak balas dendam. Busuk btul hati!

Selepas 2 3 kali ditelepon oleh pihak pompuan, dan pengantin lelaki pun asyik mengejar, kami pun terkejar-kejar menyiapkan diri. Akhirnya, dalam pukul 2 lebih-lebih lami sampai umah pengatin pompuan untuk sesi kedua. kali nie, "Kompanger" sudah siap menunggu kami. Dah berpeluh-peluh mereka nampaknya. Terpaksalah korang menerima pembalasan dendam kami. mak andam pun turut sama terima tempias busuk hati kami. hehehehe.

Tak lama majlis pun dimulakan dengan paluan kompang. Amat dasyat, gempak dan memekakkan telinga. Aku hanya duduk dikejauhan kerana telinga aku tak tahan. Tapi sometimes ada gak aku menyelit gi tepung tawar dan amik video apa yang patut.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Abis program, kami dijamu dengan masakan pantai timur. Kata orang melaka, itu adat diaorang.
lepas makan, balik ke rumah penginapan dan bersiap untuk menuju ke Tangkak. Kaum ibu nak beli kain baju plak!!!

kali ini kami memilih untuk menggunakan highway. tapi sebelum sampai highway, ada lah jugak tersesat jalan 2 3 kali. Akhirnya sampai jugak kat Tangkak

1 comment:

  1. i think the correct word is shareholder not the stakeholder! Correct me if i'm wrong

    ReplyDelete

Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...