Aku dengan tabahnya mula menghayun lengan ke depan dan ke belakang. Sampai satu titik aku mula tercungap-cungap kerana kehabisan power. Tapi memandangkan ramai orang memerhati aku kuatkan semangat untuk menghabiskan 'gajian' kayu tersebut. Setelah berhempas pulas, kayu itu pun putus dan pun dengan segera bangun dari kedudukan "tinggung" tadi dan menjerit meraikan kejayaan aku memotong kayu yang "gemuk" itu. Kemudian aku duduk di meja yang ada di situ.
Tiba-tiba, aku rasa kehilangan nafas, dadaku terasa penuh sekali, sebelah pinggang ke bawah seolah tidak terasa ada. penglihatan mulai kekuningan seperti dikelilingi asap, telinga hanya mendengar sayup-sayup. Aku menjerit "aku nak pitam!" semoga ada yang membantu. Sayup-sayup aku mendengar seseorang berkata, "jangan duduk! bangun jalan-jalan". Aku pun bangun berjalan perlahan-lahan macam orang mabuk. Kemudian ada suara lain datang ke telinga "tengok warna hijau" katanya. Aku mula memandang ke atas mencari-cari daun-daun pokok.
Aku teringat Tuhan, aku menyeru-nyeru namanya. Dalam keadaan "hilang itu" akhirnya, semua yang hilang tadi datang perlahan-perlahan, nafas mula terasa masuk ke dada, dan aku merasa lapang di data, bayang kekuningan mulai berlalu bersama asapnya. Dan telinga makin kuat pendengarannya. Aku pulih!
Aku masuk ke rumah. Mak aku menyapa "kenapa pucat nie?" katanya. Aku cakap naik darah tadi. Lantas dengan segera dia menyuruh aku berbaring dan memicit-micit belakang serta tapak kakiku. Sejurus kemudian yang lain pun datang membantu. Aku terus segar. Itulah kasih seorang ibu.
No comments:
Post a Comment