Melalui mesyuarat adik beradik, aku telah dipilih sebulat suara untuk menjadi tukang sambut tetamu merangkap "sambut salam" dan pengurus air. Tapi 2 hari sebelum tu aku dah sibuk dengan
aktiviti pertama iaitu membersihkan kawasan rumah, kemudian disambung dengan aktiviti memasak air untuk kegunaan esok. Tapi masakan air ini menggunakan dapur gas dan periuk besar, sambil-sambil tu aku turut sama mengumpul kayu api kat area nak masak. Aktiviti itu buat aku tido seawal sesudah isyak dan tak sedo langsung sampai subuh. Aku mana buat keje-keje berat cam tu.
Hari kedua, aku prepare kawah dan sediakan api dan kena rebus telor untuk tetamu. Ada lebih kurang 800 biji yang perlu direbus dengan cermat dan menggunakan petua-petua sains yang patut supaya semua telor masak sebaik mungkin. Tetapi tugasan ini memerlukan kesabaran yang amat tinggi kerana terpaksa berhadapan dengan api yang panas. Tubuh mengalami kehilangan air yang cepat dan tanpa sedar aku telah minum banyak air pada hari itu. Setelah tugasan ini berakhir, aku dipuji kerana telor yang aku rebus sangat enak dengan sedikit rasa lemak. Maunya tidak sebab aku campur sedikit garam supaya telo tidak pecah ketika merebus. Dan hari itu buat pertama kali aku merasa amat bosan berhadapan dengan 'telor'.
Seperti malam sebelumnya, aku tidor sebaik sahaja semayang isyak sejurus masuk waktunya. Sesudah subuh aku bangun kerana daging lembu yang ditempah sudah tiba. Sebaik semayang subuh aku turun membantu melapah daging yang berjumlah lebih kurang seekor lembu kata tukang sembelihnya. Dengan bantuan jiran-jiran, operasi tersebut selesai pada pukul 7 lebih dengan sedikit tulang-tulang yang masih belum selesai. Ketika itu juga chef yang dibooking oleh emak pun tiba.
Sebenarnya chef ini sudah datang malam tadi untuk 'matikan' rempah. Jadi hari ini beliau hanya memasak gulai daging dan nasik dalam kawah yang telah disusun oleh kami. Aku meninggalkan chef dengan tugasannya kerana aku ada tugasan lain iaitu membancuh air. Seperti biasa, air sirap menjadi keutamaan, aku menyediakan satu tempayan air sirap untuk program hari itu.
Pukul 10.30 aku meninggalkan semua aktiviti untuk bersiap bagi tugasan kedua iaitu menyambut salam tetamu. Bersiap sebaik mungkin dengan mengenakan baju melayu aku pun mula menjalankan tugas, mundar-mandir di hadapan sekali menyapa dan menyambut tetamu yang datang. Argh! aktiviti ini amat meletihkan, orang datang bersilih ganti dan aku tidak sempat duduk pun!
pukul 3, keadaan hampir lengang, aku cuba mencelah untuk solat zohor tetapi tiada penganti kerana masing-masing sengaja nak mendera aku. Hampir pukul 4 barulah aku boleh mencelah untuk semayang zohor. Lepas itu, tetamu sudah semakin kurang.
Kami mula berkemas apa yang patut. malam nanti, penyewa khemah dan meja akan mengangkut khemah ke rumah lain untuk kenduri esok. Malam nanti juga kerusi perlu dihantar ke rumah Rela, malam itu juga, kawah perlu di hantar ke rumah yang seterusnya.
-bersambung-

No comments:
Post a Comment