Tuesday, December 28, 2010

Sejarah

Kata Bob Marley "In this great future, we can't forget the past". Aku kini sedikit 'tenggelam' dan 'terhibur' serta 'terlalai' oleh bacaan hikayat-hikayat lama dari buku-buku serta blog.

Mencari asal usul masih menjadi topik yang paling atas dalam kes pembelajaran sejarah ini. Ia adalah satu pencarian tanpa henti untuk membina jati diri serta menambah baikan pada genetik yang ada sekarang berdasarkan kepada cerita dan pengalaman orang-orang dulu-dulu. Tapi sebelum semua itu, asal mesti dikenal pasti terlebih dahulu.''

Dalam pencarian ini, aku terjumpa satu gambar setem lama yang tertulis di atasnya "Kerajaan Terengganu Islamiyah Melayuwiyah" yang bernilai 100 ringgit dan turut sama diletakkan disitu ialah gambar sultan sulaiman. Khabarnya stem ini dipunyai oleh seseorang di negara portugal.



Justeru itu, timbul persoalan, untuk apakah stem yang bernilai 100 ringgit ini dikeluarkan dan siapa yang menggunakan stem cukai ini. Pada aku, 100 ringgit ini sangat besar nilainya pada waktu itu! Berapakah bilangan orang-orang yang menggunakan setem ini, dan bagaimana status orang yang menggunakan stem ini.

cuma soalan-soalan mudah peringkat sekolah menengah sahaja! Dalam duduk merayau aku juga terjumpa gambar bendera terengganu yang lama. Yang pasti, bendera ini tidak banyaj berbeza dengan bendera sekarang!


Bila melihatkan bendera ini, perkara pertama terlintas di kepala ialah apakah motif pengumbahsuaian seperti sekarang. Aku tidak melihat jawapan lain selain dari mengurangkan islamik pada bendera tersebut!

Thursday, December 16, 2010

Nama

Nama samaran ku ialah Blaize.
Dalam dunia net aku dikenali sebagai ih8urface.
Dalam tentera aku dikenali dengan code Grey Cat.
Dalam operasi aku diberi nama Racing Shadow.

Kalau aku seorang Jepun namaku ialah Kuroda Kazima
Kalau aku seorang Russia namaku ialah Alexei Makarov
Kalau aku seorang Latvia, namaku ialah Raivis
Kalau aku seorang Romania,namaku ialah Gabriel
Kalau aku orang Sweden namaku Tor Leif Getingmarmelad
Kalau aku orang Czech nama aku ialah Pavel
Kalau aku orang German nama aku ialah Maximilian Gimm
Kalau aku orang Estonian namaku ialah Reimo Kallaste
Kalau aku orang Amerika keturunan itali nama aku ialah Christopher Amaretti

kalau dalam Lord of the ring, aku adalah seorang elf yang bernama Talyriel Morningpath
Kalau aku seorang Gnomish namaku ialah Cabiil Megarotate
Dalam dunia Naruto aku dikenali sebagai Jiraiya Uzumaki

Kalau aku adalah sebuah autobot namaku adalah Trail Magnus
Sebaliknya kalau aku sebuah decepticon namaku ialah Trail Short

Kalau aku seorang jahat, aku di gelar Fat Bandit,

Kalau aku band rock aku adalah Bite Steadfast,
Kalau aku band pop aku adalah Calorie Starstruck
Kalau aku band indie aku adalah Serene Atlantic

Ah. nama ku lebih indah dari semua itu



Monday, December 06, 2010

Tahun Baru 1432H

Selamat menyambut tahun baru hijrah 1432, semoga tahun ini adalah lebih baik dari tahun sebelumnya samada hablum minallah atau pun hablum minannas!

Sunday, December 05, 2010

Scene Nakal!

1. Aku masih terpinga-pinga memikirkan isu-isu serius dalam negeri. Dari hal-hal yang tak patut, memang tak patut sehinggalah hal-hal tak masuk akal langsung. Hal yang paling tak masuk akal ialah aku sebenarnya sedang mencipta ilmu untuk menjadi guru kepada tok-tok nujum dalam data mining! Ilmu Allah itu sangat luas, sehinggakan diriwayatkan jikalau air laut itu menjadi tinta, walau habis air laut, ilmu Allah masih tidak habis ditulis. Hari ini aku terfikir tentang sebab dan akibat. Ilmu yang boleh dikatakan lama. Ilmu ini selalu juga disebut dalam kuliah-kuliah tasawuf, jalan mengenal Allah. Tetapi harus juga di ingat, ramai juga yang telah merana kerana ilmu yang mudah ini dengan menjadi isim. Begitulah yang dikatakan oleh saintis barat, wujudnya alam semesta ini kerana adanya sebuah letupan yang dipanggil letupan besar. Atau dengan kata lain, sebab adanya letupan besar, akibatnya berlakulah peristiwa terjadinya alam semesta! Dan aku pun sedang mencari sebuah sebab baru yang boleh memberikan akibat yang baru dalam perlombongan data. aku serius!

2. Scene rempit memang sudah tidak perlu dibicarakan lagi. Sehingga hari ini, selain sudah 10 tahun menjuarai UPSR, negeri ku juga masih lagi mendahului dalam scene rempit. Aku masih juga terheleng-heleng memikirkan tentang kesombongan apakah atau kebodohan manakah yang menyebabkan wujudnya generasi rempit ini. Aku tidak menjurus kepada rempit kecil/muda/haram tetapi juga rempit besar/tua/halal. Sampai bila scene ini akal kekal sehingga ia boleh dibasmi? Aku masih memikirkan tentang apakah langkah-langkah pihak berwajib dalam menangani isu ini disamping menyalahi ibu bapa yang mengambil terlebih gula menyebabkan anak-anak mereka menjadi rempit!

3. Satu lagi scene yang lihat sangat berkembang megah ialah sceneburung walit. Tanpa disedari, rumah-rumah walit telah dibina dengan banyaknya samada dalam bandar, luar bandar, tepi rumah, atas bangunan dan pelbagai tempat yang memang tak patut. Apakah sebab sebenar menyebabkan industri ini bergerak sangat pantas. Sehinggakan bisness jual suara burung walit pun boleh memberikan keuntungan besar. Apatah lagi mengiklankan diri menjadi konsultan walit! Setelah difikir-fikir, aku merasakan 'blast' dalam industri ini juga lahir dari 4D (Duduk Diam Dapat Duit), masakan tidak, istilah 'duduk sajer, duit masuk' memang sebuah angan-angan dari dulu hingga kini. harus juga di ingat, seorang kawan membuat kajian mendapati, dari 100 pengusaha hanya 30 sahaja yang berjaya. Yang lain-lain dirundung malang kerana tidak menuntut ilmu terlebih dahulu! Aku sangat risau sekiranya, tuan tanah disekitar tanah aku membuat rumah walit ditanah mereka. Aku akan berjiran dengan burung nanti!


4. Semua-semua diatas adalah pendapat peribadi aku sahaja, tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati. Kalau ada tersentuh pun, anggaplah hanya kebetulan. Kalau tak setuju, 4D jugaklah duduk diam diam diam!

5. Ini gambar pokok pisang tepi rumah mak aku. Tapi kini pokok pisang ini tiada lagi kerana ia sudah masak dan perlu ditebang untuh mengambil buahnya. Apa yang aku buat keatas gambar ini ialah menghijaukan lagi buahnya suoaya nampak lebih enah dan hampir masak! Tapi sebenarnya ia memang hampir masak!

Saturday, December 04, 2010

Bulan 12/2010

1. pejam celik, pejam celik, aku sudah pun memasuki bulan terakhir 2010. Banyak perkara yang belum selesai dan masa menjadi semakin pendek. Banyak juga perkara perlu di bawa ke tahun hadapan, untuk diselesaikan jika panjang umur.

2. Ditempat aku ini, bulan 12 disambut dengan kedatangan hujan yang mencurah-mencurah, kadang-kadang lebat, kadang-kadang perlahan, berhenti tiada sama sekali! kalau keadaan ini berterusan, pasti akan ada yang kena pindah nanti. Ketika hujan begini, yang paling menyakitkan mata ialah baju-baju yang bergantungan di ampaian tidak kering. Dan jumlahnya makin bertambah setiap hari, kalau lah aku ada rumah dengan ampaian berbumbung?
3. Persiapan untul persekolahan tahun depan masih belum buat. Tiada apa-apa yang berkait dengan sekolah seperti baju sekolah, buku sekolah, kasut sekolah dan etc yang sudah dibeli, aku masih menunggu-nunggu jika ada diskaun untuk pembelian akhir! :D, kalau terpaksa, kenalah beli jugak dengan harga sekarang. Kenaikan harga Penyelarasan subsidi mungkin memberi sedikit kesan kepada persiapan sekolah 2011, Aku masih tidak pasti samada nak beli di KL atau hanya di KT. Tapi antara 2 tempat ini, wujud juga perbezaan harga sambil-sambil aku jalan-jalan cuti!

4. Hidup mesti diteruskan.

Monday, November 29, 2010

Bumbung Raja

Perjalanan yang selesa menuju ke Bumbung Raja sedikit terganggu dengan kehadiran 'mat rempit tua' yang mengarah ke tepi sambil memandu di laluan aku macam dia sorang je yang bayar road tax. Akan aku tuntut dosa dia pada aku ini di akhirat nanti. Inilah semangat 'Malaysia Boleh' yang negatif.


Perjalanan yang mudah ini sedikit tersasar apabila tiba-tiba kami sampai ke pinggir jalan masuk ke kubu pahlawan Mat Kilau.

Disinilah dikatakan pahlawan ini berkampung membina strategi baru!


Ketika aku tiba di persimpangan kawasan rekreasi Bumbung Raja, terlintas dikepala bahawa aku pernah sampai di sini melalui mimpi. Walaupun ada perbezaan antara realiti dan fantasi tapi secara keseluruhannya apa yang di gambar dalam mimpi adalah seperti yang aku lihat sekarang. Ini membuatkan aku jadi konfius, samada aku pernah sampai ke sini atau pun tidak!


Musim hujan seperti waktu sekarang membuatkan sungai mengalir deras. Berdiri di pasir sungai pun aku jadi takut dengan apa yang di panggil 'kepala air'. Ramai yang telah mati kerana kejutan 'kepala air' ini.


Oleh itu, lawatan ke Bumbung Raja pada musim ini hanya menjadi lawatan suaikenal. Pada pendapat aku, tempat rekreasi ini amat sesuai untuk sesiapa yang tidak suka 'bergelewak' dengan orang ramai di tempat yang sesak. Menjadi ruang escapisme yang terbaik.


Mempunyai dewan solat serta bilik air. Tempat ini sangat sesuai untuk aktiviti berkhemah serta kemahiran hidup.



Dalam perjalanan pulang, pemandangan indah mengamit lagi. Dari jauh, air terjun Cemerong melambai-lambai mengajak aku ke sana. Aku berazam untuk berada di puncak ke tujuh air terjun Cemerong itu di waktu akan datang!

Thursday, November 25, 2010

Ini Desktop Aku

Dua minggu selepas dapat kamera baru lah aku install software yang dibekalkan bersamanya, lepas godek-godek lebih kurang, gambar menara masjid yang diambil pada waktu malam berjaya diterangkan secara lebih kurang dan nampak lebih timbul dan lebih cantik pada pandangan mata aku. Mata orang lain aku tak tahu! Jadi aku guna sebagai desktop picture aku!
Beginilah hasilnya bila dah jadi desktop picture


Wednesday, November 24, 2010

Aku dan robinson crusoe

Salah satu buku yang menjadi kegemaran aku ialah buku yang bertajuk "Robinson Crusoe". Cerita mengenai seorang lelaki yang dilanda ombak dan terperangkap di sebuah pulau. Aku menyukai cerita ini kerana ia adalah cerita jati diri dan kemahiran hidup serta ditambahi pula dengan satu sudut 'kebebasan' yang ditonjolkan dalam buku tersebut.

Antara yang memberi kesan ialah apabila aku membuat sebuah pondok, bukan pondok sebenarnya, tapi para yang bersaiz lebih kurang 3 kaki x 3 kaki di atas pokok belimbing di depan rumah ku. Cukup untuk memuatkan aku serta 3 orang yang lain bersaiz aku di atas para tersebut. Ketinggian pondok tersebut dari aras tanah lebih kurang 25 kaki. Dan dengan semangat robinson crusoe, aku sedikit pun tidak merasa takut dengan ketinggian tersebut. Saat paling sukar ketika membina para tersebut ialah ketika memaku 4 kayu tapak para tersebut, terpaksa berdiri dan memaut dahan sambil mengetuk paku dan sebelah tangan memegang kayu yang dipaku.

Selepas itu, hampir seminggu aku melakukan semua perkara rutin di atas para tersebut antaranya, makan nasik, baca buku dan tido. Termasuk juga mencipta perkara-perkara yang jarang aku buat seperti makan "colek" belimbing , usek budak-budak balik balik masjid lepas isyak, tengok bintang di waktu malam serta main 'daun'.

Sebenarnya, aku tidak ingat langsung tentang aktiviti robinson crusoe ini. Ingatan ini hanya diaktifkan apabila aku melihat sebuah pondok berwarna kuning di atas pokok kelapa dikejauhan sebuah jalan raya. Tetapi aku, merasakan ia hanya mainan kanak-kanak. Tetapi andaian ini bertukar apabila melalui jalan tersebut di malam hari, pondok tersebut bercahaya dengan mentol letrik. Aku pastiia adalah mainan orang dewasa. Lantas aku ceritakan kepada adik lelakiku. Dia yang mengimbau ingatan aku kepada Robinson Crusoe lantas mencoretkan disini.

Aku tidak pasti kenapa, ada ingatan yang 'idle' dan memerlukan 'loader' untuk di aktifkan!

Tuesday, November 23, 2010

Sesekali Aku Jadi Takut

Sesekali bila aku menggerakkan akal, terlintas sejenak dibenak keterbukaan pada waktu ini. Keterbukaan yang aku maksudkan ialah keterbukaan sumber kepada apa sahaja serta keterbukaan warga dunia pada waktu ini untuk berkongsi apa sahaja yang difikirkan boleh dikongsi termasukklah cerita dalam kain.

Kadang-kadang aku merasa takut dengan keterbukaan ini tetapi pada waktu yang sama aku juga gembira. Dengan kata lain, keterbukaan ini mempunyai sudut positive dan negative masing-masing. Tapi diantara keduanya, aku lebih takutkan yang negative berbanding menyukai yang positive.

Ketakutan ini berasaskan kepada perkara negative itu amat disukai dan senang menular. Banyak kisah-kisah hitam diceritakan dengan perasaan bangga membuatkan si pembaca teruja dan merasa tiada salah laku dalam babak hitam tersebut. Manakala kisah baik diceritakan dengan nada sedih dan tidak seronok untuk diikuti. Dengan bantuan google atau yahoo, pautan kepada gambar-gambar lucah, video-video lucah, kepercayaan setan dan anti tuhan dan cerita-cerita khayalan dan pelbagai lagi , boleh diperolehi dengan sekelip mata. Hanya kekuatan akal sahaja dapat menimbangkan samada untuk ditelan atau di ludah!

Sesekali perkara ini terlintas dikepala, sesekali aku jadi takut!


Saturday, November 20, 2010

Friday, November 19, 2010

Menara Masjid baru


Dari rumah aku dapat melihat dengan jelas, menara masjid baru yang bernilai 4 juta itu. sudah lama aku ingin berkongsi kegemilangan itu dengan sesiapa. sehingga hari ini, hanya ini yang dapat aku berikan. Tetapi kubahnya amat sepi sekali, tanpa suluhan cahaya apa-apa pun!



Wednesday, November 17, 2010

Meja serta Langsir Baru Emak

Sudah lama emak tidak membeli perabut baru serta membuat langsir baru. Langsir emak sudah koyak-koyak dan rapuh kerana di bakar matahari. Minggu lepas, emak memberiku duit untuk membeli meja. Hal-hal berkaitan langsir diserahkan kepada adik lelakiku dan isterinya.

Hari ini hari raya aidiladha, rumah emak sudah mempunyai meja makan baru dan langsir baru. Rumah emak nampak berseri-seri!



Tuesday, November 09, 2010

Tepon Nokia Baru


Selepas puas merayau-rayau dalam myden selama beberapa hari. akhirnya, aku beli satu telefon baru jenis nokia bernombor 2690. Telefon ini bukan lah yang canggih sangat dengan pelbagai aplikasi yang tuan punya sendiri tak pernah pakai (pengalaman aku ni!). Ia hanyalah sebuah telefon bimbit 'bodoh' (lawan kepada pintar), tapi tidaklah bangang.

Cukuplah untuk membolehkan aku membuat panggilan, send sms,mms and yang seangkatan dengannya. Sambil-sambil tu, dia juga mempunyai aplikasi mplayer untuk memainkan bunyi-bunyian mp3 serta dilengkapi juga dengan sambungan bluetooth serta USB. Disertakan juga dalam set ini ialah 2GB memori. Wow banyak tu! 1 GB thundrive aku pun tak penuh-penuh lagi apa lagi 2 GB.

Cukuplah untuk aku menjadi rakyat biasa dengan kos RM280 kerana katanya (salesgirl) tu, ini adalah salinan zitron!

Gambarnya ada di bawah aku rakam dengan laptop web kamera kerana kamera canon 550dyang aku beli kat jepun tu masih lagi dalam perjalanan pulang. Dengo citer dah ada kat Pekan, Pahang!

Saturday, November 06, 2010

Gelora Jiwa


Menonton naskhah bikinan anak muda dalam indiepretasi, aku melihat ruang-ruang kreativiti itu amat luas dan teramat luas. Namun, yang paling indah masih lagi yang lama, mugkin! (pada pendapat aku sendiri. Mendengar suara yuna dalam naskah ini, buat hati mencari makna disebalik lagu. Bukan sahaja lirik yang mudah dan padat tapi juga kupasan yan tersirat dari susunan kata-kata. Tidak payah untuk memuatturun indipretasi ini, cuma taipkan indipretasi di dalam 4shared dan sudah ada yang bersedia berkongsi kesemua indipretasi dengan semua orang.



Cinta apakah tandanya
Jika egkau hanya mempermudah kata saja
Hati tak akan berguna
Jika sang asmara tidak merasa kedalam jiwa

Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Didalam dada ku yang remaja

Gelora di dalam jiwa ku
Bergetar merayukan sukma
Menyanyi lagu cinta hati
Tanda ku nan membalas cinta mu

Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku
Yang tidak mudah hilang dari kenangan ku

Rindu itulah tandanya
Aku kasih mu aduhai asmara
Cinta oh cinta yang ternyata
Hanya dapat ku sematkan
Didalam dada ku yang remaja


Argh... cinta!

Sunday, October 24, 2010

Maya

Ketika aku membuka mata, aku dapati aku sudah berada di tempat asing, berpakaian asing, bangunan asing dan kepelbagaian yang sangat asing di kiri dan kanan ku. Aku kini berada di satu jalan yang sangat sibuk, dengan manusia berjalan di kiri dan kanannya. Tetapi, tidak panas dan tidak sejuk. Aku memandang ke atas, ia tidak berlangitkan awan tetapi ada atap melindungi semua dari panas. Manusia di kiri dan kanan berjalan dengan angkuh dan sombong dalam kepelbagaian fesyen seolah-olah seperti pesta pakaian beragam. Ada yang berpakaian cara koboi, ada yang berpakaian arab, ada yang seperti jepun, sungguh meriah keadaan fesyen 1 dunia itu.

Aku melihat pelosok tubuh. Diri ku berwarna keemasan seperti sami tetapi bergaya seperti maharaja cina. Entah apa punya fesyen yang aku dipakaikan kali ini. Sebuah bangunan mirip tokong cina tersegam indah didepan ku dengan tangga yang mencecah 20 anak. Pelbagai jenis orang turun dan naik tangga itu. Aku pasti itu bukan tokong kerana jelas tertulis di atasnya "Hotel ...."

Dalam kekeliruan itu, seorang perempuan datang memeluk ku dan menangis. Aku andaikan perempuan ini adalah dari jenis Korea, kerana aku selalu tengok wanita korea dalam Channel 303 dulu atau 391 kini di Astro.

Datang lelaki gasar bersama kumpulannya menarik tangan perempuan ini dari ku, dia terus menangis kesakitan. Semangat juang ku pun timbul dan aku sudah naik syeih. Satu persatu aku menjatuhkan mereka. Keadaan hiruk pikuk ketika aku bertarung tadi, tib-tiba bertukar sepi, aku kini berdiri bersama perempuan tadi, lelaki-lelaki tadi bergelimpangan tidak bergerak. Kemudian, bunyi tepukan dari perlahan terus beransur kuat, masing-masing disitu sudah mengelilingi aku, ada yang menunduk-nundukkan kepala. Aku hanya tersenyum tak tau nak buat apa.

Polis datang mengambil mereka yang bergelimpangan. Aku kini dikerumini wartawan. Aku tidak berkata apa-apa, kerana dibumi asing ini tiba-tiba aku menjadi hero. Dan aku masih lagi keliru dengan kemunculan aku kali ini.

Aku mengheret perempuan itu jauh dari suara-suara wartawan. Dia memberikan ciuman sejati tanda terimakasih. Mataku terpejam.

------

Kenapa aku boleh bermimpi futuristik macam ni?

Sunday, October 17, 2010

Ringtone Power

Semua orang kena berwaspada. Jangan sewenang-wenangnya menggunakan ringtone yang seronok didengar dalam telefon mereka.

Seorang lelaki Jepun Dr Hideto Tomabechi mengaku telah berjaya mencipta ringtone untuk membesarkan payu dara. Beliau telah membuat kajian tentang perkara ini hampir 15 tahun. Beliau mendapati kebisingan tertentu boleh menukarkan fizikal dan mental manusia. Satu experimen beliau ialah mendengarkan bunyi tangisan bayi kepada wanita boleh mengubah saiz payudara. Dari situlah beliau mula menggubah ringtone untuk membesarkan payu dara.

Selepas ini, pasti banyak ringtone berbentuk "terapi" akan dicipta dan dibangunkan. Contohnya, bila nak tawar menawar kat kedai, boleh pasang ringtone tertentu supaya tuan kedai murah hati, bila nak jumpa lecturer pun boleh pasang ringtone tertentu supaya lecturer terlebih beri markah. pendek kata macam-macam tujuan ringtone boleh dicipta, tapi perlu melibatkan kajian.

Selepas ini, kalau nak berjalan pastikan jangan lupa bawak earphone supaya tak kena hypnosis ringtone!

Saturday, October 16, 2010

Era Waja Telah Berakhir

Semalam, booking untuk proton GT (Made In Malaysia Lancer aka inspira) dibuka kepada orang ramai dengan harga RM89999.00 dan RM79999.00.

Pada aku dari segi harga, ia sangat kompetitif berbanding dengan City dan Vios kerana dengan harga berkenaan untuk cc 1.8 dan 2.0 berbanding City dan Vios hanya untuk 1.5.

Dari segi cc pulak, ia sangat kompetitif berbanding Honda Accord 1.8 dan 2.0 serta Toyota Corrolla Altis 1.8 (aku tak arif sangat cc altis ni).

Dari dua sudut tersebut, memang jelas proton akan mengaut keuntungan berganda kerana boleh menyapu bersih dua segmen dengan satu produk.

Sekarang terserah kepada rakyat malaysia untuk membuktikan kecintaan mereka kepada negara.

Dalam masa yang sama jugak, aku melihat Waja yang aku gunakan sekarang sudah jatuh nilainya. Ada juga terlintas di hatiku, bila dah abis hutang nanti ( dalam 3 tahun je lagi) aku nak sedekah kete tu pada bapak mertua aku. Bukan apa-apa, anak aku jugak yang akan selesa nanti bila tok wan mereka diperlukan untuk mengambil mereka dari sekolah!

Tetapi dari sudut pelaburan, elok juga aku pakai kete tu sampai kete tu pencen atau sampai aku yang 'pencen' dan guna duit untuk kete baru bagi melabur dalam tanah dan emas. Tak pernah lagi aku dengar harga 2 benda nie jatuh menjunan!

:D

Monday, October 11, 2010

Tahniah Rakyat Malaysia!

Rakyat Malaysia mempunyai rakan paling ramai dalam jaringan sosial (sosial network), manakala rakyat Jepun mempunyai bilangan rakan yang paling sedikit.

Purata bilangan rakan bagi rakyat Malaysia adalah 233, manakala Brazil 231 dan Norway 217.

Jepun dan China hanya memiliki 29 dan 68.

Selain itu, rakyat Malaysia menghabiskan 9 jam seminggu untuk melayari jaringan sosial; purata terhebat di dunia.

Media internet kini menjadi media pilihan 61% pengguna, menewaskan media TV, radio dan surat khabar.

Fakta ini disunting dari akhbar BBC dan ia adalah hasil kajian firma penyelidikan TNS.

Kajian juga menunjukkan bahawa pengguna memperuntukkan lebih banyak masa untuk jaringan sosial daripada email.

Ia didorong oleh penggunaan internet menggunakan telefon bimbit.

Tahniah kepada rakyat Malaysia kerana berjaya mengalahkan negara maju lain dalam menggunakan laman web jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter.

Mengikut pemerhatian team berita iLuvislam.com, ketika ini rakyat Malaysia lebih menggunakan Facebook dari Twitter.

Jadi, sebagai seorang Muslim yang cintakan Islam, kita perlu sama-sama memanfaatkan jaringan sosial ini untuk sama-sama menyebarkan ayat-ayat cinta Allah SWT.

www.iluvislam.com

Thursday, October 07, 2010

AKu Musykil Nie


Aku ini bolehlah dikatakan generasi tegar internet. Maksudnya, kalau bukak komputer, tapi tak leh sambung internet, aku rasa, baik tutup je komputer dan buat kerja lain seperti bertukang ke, berkebun ke, basuh baju ke atau cat rumah ke. Macam lah gitulah hubungan aku dengan internet.

Sebagai pengguna tegar internet, aku tidak dapat melepaskan diri dari menggunakan e-banking. Tapi aku tak guna maybank2u, entah mengapa, hubungan aku dengan maybank2u tak begitu ngam, mungkin semenjak akaun aku ditamatkan perkhidmatan kerana tidak aktif. ( ini cerita sebelum ada internet).

Jadi sebagai alternatif aku sangat kacip dengan cimbclicks dan citibank onlline. Hubungan kacip itu sangat akrab seperti hubungan JKR dengan jalan raya, kejap korek sini tutup sana, kejap tutup sana korek sinun, begitulah hubungan intim itu berlaku.

Tapi sejak dua menjak ini, aku sedikit muskil kerana setiap kali aku masuk cimbclicks aku dapat apa yang aku bulatkan dalam gambar kat bawah. Apa ke jadah entah kata Mr. Kamaruddin. Sebagai pemikir, aku tertanya-tanya apa maksudnya? Setakat ini, yang boleh aku cerap ialah website tersebut tidak lagi selamat, betul ke?



Tuesday, October 05, 2010

Aku dan Ebook Percuma

Aku amat bersetuju dengan pemberian ebook percuma oleh kerajaan Terengganu. Aku teringat satu waktu dulu, ketika aku di universiti mengambil kursus peringkat diploma, aku pernah memohon di belikan komputer! Kata ayahku, kalau nak sangat komputer, jual je skuter yang kat bawah rumah tu. Tapi ia tak sampai separuh kos komputer pada masa tu. Niat "cari market" aku itu di abaikan, kerana aku memang berseloroh sebenarnya. Aku masih kenal diri!

Pemberian ebook oleh kerajaan negeri mungkin tidak lagi mencetuska idea yang pelbagai untuk memiliki komputer. Tetapi akhirnya, orang ramai akan melihat keberkesanan program tersebut. Jika objektif ialah untuk meningkatkan pemilikan komputer dikalangan rakyat negeri, aku jamin ia sudah di capai. Begitu juga jika ia berobjektif untuk meningkatkan celik IT, aku pasti objektif itu akan dicapai dalam masa terdekat.

Tetapi jikalau objektif untuk meningkatkan intelektual, aku rasa itu bukan kaedahnya. Lagipun ebook hanyalah alat serbaguna yang mengikut gaya tuannya!

Disebalik pemberiaan ebook ini, aku suka melihat dari sudut pengisiannya. Soalan sebenarnya ialah apakah kita sudah bersedia dengan kandungannya? Kandungan yang mungkin sesuai dengan budaya hidup dan tuntutan hidup kita?

Atau akhirnya kita bersetuju, kandungan yang ada adalah acuan barat! Kita tidak menyediakan apa-apa pun sebaliknya hanya menukarkan pendekatan pengajaran berasaskan buku kepada pendekatan menggunakan komputer dan meninggalkan teori pembelajaran yang sebenar contohnya sebagaimana yang disarankan oleh encik Bloom.

Kita tahu keburukkan aplikasi dari barat. Lalu kita memperkenalkan konsep "sekatan" dalam ebook. Generasi ini diberikan teknologi yang hebat tapi disekat untuk merasai kehebatannya! Sangat kontra dengan objektif sebenarnya.

Seperti mana di negara-negara yang "terbelenggu" dengan sekatan seprti Palestin, Cuba dan lain-lain , sekatan hanya meningkatkan imaginasi untuk bebas dan mewujudkan pelbagai idea pelik seperti mana terowong di Palestine, kapal selam dadah dari Mexico.

Itu yang akan berlaku kepada ebook ini. Generasi yang terperangkap ini akan mencari jalan keluar, sehingga satu masa, ebook ini benar-benar melahirkan orang-orang genius!

Ko faham maksud aku kan!



Monday, October 04, 2010

Ubuntu Server

Aku tidak pernah menggunakan ubuntu server dalam kehidupan aku! Tiada sebab untuk menjelaskan ketidakgunaan ini. Tetapi jika mahu disebabkan mungkin kerana ubuntu hanya hadir pada detik terakhir ini sahaja.

Semalam menjadi titik tolak kepada dekatnya aku dengan Ubuntu Server. Ubuntu sepeti namanya, "linux untuk kemanusiaan" memang sangat berhati perut! Dengan dokumentasi yang lengkap, Ubuntu server boleh dipasang tak sampai 10minit sebenarnya jika rajin membaca dan sudah memahami asas-asanya.

Semalam, ubuntu server sudah di sediakan untuk menjadi dhcp server, gateway dan ssh server. Semuanya berlaku amat pantas.


kesimpulan : "belum cuba, belum tau, aku selalu memandang ubuntu sebagai linux budak sekolah sebelum ini!"

hehehehe

Sunday, October 03, 2010

Generasi Ebook Percuma

Semalam, ketika aku sedang mengemaskini komputer supaya jadi 'sedap' di sebuah CC, datang 3 orang budak dengan 3 buah ebook. Dari jauh, amat senang untuk mengenali ebook percuma pemberian kerajaan ini.

Tapi cara berpakaian, budak-budak ini sudah pasti tergolong dalam golongan "terlebih cerdik". Mereka mengusha-usha untuk menggunakan internet dengan ebook mereka. Selepas izin, mereka bertanya "Bang, camner nak eja "brothersoft"? Aku sebagai generasi yang bersetuju dengan dasar kerajaan kata "Abang reti bekki komputer je, ngeja-ngeja nie tak berapa into sangat!". Hati ketawa berdekah-dekah.

Aku bukan tidak mahu beritahu, tapi aku ingin melihat jati diri budak 3 orang ini.

Sambil-sambil mengemas, aku menyampuk perbualan mereka sambil melihat ejaan mereka. Acapkali mereka mengeja "bradersof". Seolah-olah brader itu lah ejaan sebenar!

Akhirnya setelah berusaha berulang kali, ejaan sebenar diperolehi dan akhirnya mereka berjaya juga, menunjukkan ketinggian jati diri mereka. Tetapi akhirnya mereka hanya berjaya mengdownload gambar-gambar "Ronaldo" bersaiz icon!

--------------------------------------------------------------------------------------

Aku bertanya apa akan berlaku jika Cikgu melihat kandungan ebook mereka. Jawab mereka, ebook tak pernah dibawa ke sekolah. Kalau kena marah buat selamba je! Asalkan ebook selamat dirumah dengan kandungannganya.


Monday, September 27, 2010

Wednesday, September 22, 2010

Kayuh Lepas Raya



Diambil ketika kayuh-kayuh di jalan airport baru. Naik benteng batu, snap sekeping dua gambar dengan kamera iPhone.

Monday, September 20, 2010

fenomena

aku runsing sekali memikirkan tesis yang kosong. kosong kerana aku masih tiada hypotesis untuk diuji. jadi aku tiada ujikaji. dan seterusnya aku tiada penerbitan ilmiah untuk tahun ini. apatah lagi penerbitan ilmiah dalam jurnal berwasit.

aku juga runsing memikirkan kenapa ini berlaku? apakah aku sudah kehabisan idea dan tiada ilham yang muncul sepanjang tahun ini. sebenarnya aku selalu menyalahkan diri sendiri kerana cuba menyelesakan semua masalah sedangkan aku hanya perlu fokuskan kepada apA Yang aku hajatkan sahaja. tetApi yang berlaku kini ialah aku tenggelam dalam lautan pelbagai masalah dan aku hilangpunca. aku teringat kata guruku "....asalkan sahaja ia significant'".

sudah lama aku tidak bertemu beliau untuk kembali menyuntik motivas dalam diri aku.

argh! aku juga rungsing kerana agenda freemason terus bertapak kukuh di bumi tercinta ini. bunuh diri dikalangan muslim kini turut menjadi-jadi. apakah cahaya iman itu sudah sedikit-sedikit di angkat ke langit? anasir-anasir liar sudahseperti haiwan dubuk yang aku lihat dikaca national geographic, mereka berada di kiri- kanan kita menunggu peluang untuk merobek. tetapi sekali sekala mereka menyalak menunjukkan mereka ada .

tapi kita masih belum sedar!

Sunday, September 19, 2010

Dalam Iftitahku

Allahu Akbar
Dengan Segala KebesaranMu
Segala puji hanya bagi mu Ya Allah
Yang Tidak Terhitung banyaknya
Maha suci Allah di waktu malam dan siang

Aku hadapkan wajah dan diriku hanya kepada Allah
Yang menjadikan langit dan bumi dan diantaranya!

Aku adalah muslim sejati
Bukan dari orang yang menyekutukan Mu

Sesungguhnya solatku,
ibadahku
hidupku
dan matiku
hanyalah keranaMu Ya Allah
Tuhan sekalian alam

Monday, September 06, 2010

Retro : Konklusi

Aku berada di persimpangan dilema! Di kiri ku ada peluang dan dikanan ku ada ruang. Aku harus memilih satu daripadanya dan membuang yang satu lagi. Yang akan dipilih bukan terbaik, yang akan dibuang bukannya buruk! Aku kini benar-benar tersepit dalam ruang opsi. Tumpuan tidak lagi tertumpu kepada apa yang terbaik kerana kedua-duanya adalah 'uncertain' dan 'undifferentiated'. Sekarang aku lebih fokus kepada apa yang aku suka/cinta kerana tanpa suka/cinta itu, aku tidak akan melakukannya sepenuh hati nanti.

Akhirnya aku memilih diploma kerana sebutannya lebih baik dari sijil, sedangkan aku sendiri tidak tahu membezakan diploma dengan sijil ketika itu. Yang aku tahu dan pasti ialah diploma itu lebih tinggi darjatnya berbanding dengan sijil dan sebutan diploma itu lebih rasa asing!

Percaturan ini sebenarnya beralas. Aku katakan beralas kerana sains komputer ketika itu amat asing dan pelik. Marhaen masih belum tahu akan kewujudannya. Komuniti sains komputer ketika itu masih amat kecil, dan peluang pula sangat besar. Antara sumber rujukan aku ialah ruang-ruang iklan dalam new strait times. Waktu itu, keperluan untuk graduate sains komputer sangat besar. Boleh dikatakan setiap hari ada puluhan posting yang berkait dengan keperluan pekerja yang bersains komputer!

Percaturan ini juga kerana aku sukakan cabaran. Sumber aku mengatakan, setiap tahun pada zaman itu, graduate sains komputer sangat sedikit. Bukan kerana tidak ramai yang memohon sebaliknya, tidak ramai yang berjaya keluar dengan baik! Jadi aku anggap ini semua adalah cabaran untuk aku membuktikan, sekurang-kurangnya kepada diri aku sendiri, aku boleh lulus dalam bidang ini.

Argh! Seribu sebab boleh aku tuliskan. Mungkin takdir aku itu sudah begitu!

Sunday, September 05, 2010

Tentang Doa

Bila Allah makbulkan doa mu, maka DIA menyayangi mu
Bila DIA lambat makbulkan doa mu, maka dia ingin mengujimu
Bila DIA tidak makbulkan doa mu, maka DIA merancang sesuatu yang lebih baik padamu

Oleh sentiasalah bersangka baik pada Allah pada setiap keadaan jua kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaannya.

Monday, August 30, 2010

Tembok Ratapan

Tembok ratapan adalah merujuk kepada satu dinding binaan yang dikatakan dari zaman Nabi Sulaiman yang menjadi tempat untuk Yahudi berbisik berdoa dan menyampaikan hajat atau apa sahaja kepada Tuhan. Sesiapa yang tidak boleh menghadirkan diri ke tepi dinding tersebut, boleh juga menghantar surat melalui sanak saudara atau apa sahaja, di mana surat yang berkenaan akan diselitkan di celah-celah binaan tersebut. Badan yang mengurus, dinding tersebut akan membersihkan surat yang diselit sebanyak 3 kali setahun.

Aku sebenarnya curiga/binbang/ dengan Facebook Wall yang secara konsepnya sama dengan Wailing Wall!


Friday, August 27, 2010

Dia Sudah Sembuh

Setelah 17 hari dia sakit, pada 17 Ramadhan dia kembali sihat. Tetapi tidak sepenuhnya kerana dia masih tidak berjaya melakukan banyak perkara. Tetapi perkara-perkara asas semua sudah boleh dilakukan.

Sebab utama penyembuhan ini ialah kerana adanya sekeping sim card yang diimport khas dari Jepun. Sebaik sahaja memasukkan sim card ini, itunes terus menghubungi apple server untuk pengaktifan. Sebaik sahaja aktif, IOS 3.1.3 sudah boleh digunakan seadanya. Tetapi Sim Card Celcom masih belum dikenali olehnya.

Istilah "unlock" merujuk kepada perbuatan supaya iphone mengenali sim card selain daripada yang didaftarkan. Tetapi program untuk 'unlock' ialah program yang tidak melalui piawai standard applikasi untuk iphone oleh apple. Jadi untuk membolehkan sesebuah iphone melaksanakan program yang berada diluar piawai apple, iphone tersebut mesti di 'jailbreak'. Dengan kata lain 'jailbreak' merujuk kepada perbuatan supaya iphone boleh melaksanakan aplikasi yang berada diluar piawai apple.

Oleh itu sebelum unlock perlulah terlebih dahulu di 'jailbreak'kan.

Untuk jailbreak aku menggunakan kemudahan yang disediakan oleh jailbreakme.com. kerana menyediakan perkhidmatan yang paling mudah. Caranya ialah, cari mana-mana wifi spot, aktifkan wifi, guna browser safari, masuk ke http://jailbreakme.com/. Seterusnya, slide untuk jailbreak, proses download pun berlaku. Tapi untuk aku, proses download diulang beberapa kali kerana times out (mungkin network slow sangat sebab pakai network universiti). Selepas proses download berjaya, ia terus menginstall dan membuat configurasi. Mesej selesai dan selamat bergembira dipaparkan apabila ia selesai. Icon Cydia akan dimasukkan ke dalam iphone apabila ia berjaya. Cydia ialah program yang mengawal iphone apabila ia dijailbreak.

Itu juga bermakna, iphone sudah berjaya di jailbreak. Untuk proses unlock pula, terdapat banyak aplikasi yang berkenaan, tetapi aku memilih untuk menggunakan ultrasn0w kerana caranya sangat mudah. Masukkan http://repo666.ultrasn0w.com/ ke dalam Cydia, selepas confirm, ia akan melakukan installasi.

Sebentar kemudian aku pun menelefon seseorang dengan menggunakan Sim Card celcom!

Pengalaman ini amat mendebarkan perasaan, jiwa dan raga juga terseksa, apabila melihat alat yang dibeli dengan harga Rm2000 pada masa tu terbiar begitu sahaja. tetapi setelah berjaya, aku teringin juga untuk memasukkan android kedalam iphone ini dengan cara dual boot. Takut pun ada, curious pun ada!

Wednesday, August 25, 2010

Scilab In Action


Scilab adalah OSS version bagi matlab. Kebanyakkan arahan adalah seperti matlab. Aku rasa ia masih lagi perlukan fungsi-fungsi ajaib yang hebat supaya setanding dengan matlab. Tapi kata orang tak ada tali, akar pun bolehlah!

Saturday, August 21, 2010

Retro: Di Persimpangan Dilema

Berita yang diterima hari itu amat menyedihkan. Permohonan untuk mengikuti Matrikulasi ditolak. Aku menerima berita itu dengan hati yang membara, luka dan kecewa. Aku menelefon kawan-kawan yang sealiran (result hampir sama dengan aku), kebanyakkan dari mereka dalam keadaan bergumbira meraikan kejayaan masing-masing. Hati muda tertanya, apakah sistem yang dipakai untuk pemilihan itu sehinggakan nama aku tercicir. Terdetik dalam hati, mungkin nama aku seawal lagi sudah dipotong setelah ditawarkan belajar ke luar negara. Ketika itu, aku sangat sibuk dan kesedihan ini menghilang begitu sahaja di bawa angin musim panas.

Ketika aku sudah mula melupai berita kecewa itu, surat dari petronas tiba. Ia adalah utusan yang memberitahu bahawa aku berjaya menjadi pelatih di sana. Aku sekali lagi berada di dalam emosi. Emosi gembira kerana halatuju sudah sedikit jelas, tetapi juga emosi kecewa kerana ini bermakna aku sudah menjadi pekerja kelas dua! Itu lah pendapat aku pada waktu itu. Walau bagaimanapun dateline masih jauh dan aku punyai banyak masa untuk memikirkannya dan banyak parameter untuk di pertimbangkan.

Tidak lama kemudian terima satu lagi surat, kali ini dari universiti pertanian malaysia ketika itu. Surat ini masih jugakmengucapkan tahniah kepadaku di atas sebab yang sama. Ketibaan surat ini juga berjaya menaikkan emosi aku. Emosi gembira kerana sekurang-kurangnya ada juga universiti yang mengesahkan kejayaan aku dalam SPM dan menerima aku sebagai mahasiswa mereka dan juga emosi rendah diri kerana nama 'tani' itu amat melugakan.

Sekarang aku berada di persimpangan. Memilih universiti bermakna aku akan memiliki kelayakkan akademik yang tinggi dan aku akan terus bergerak di laluan itu. Bagaimana pun, ia tidak menjanjikan kedudukan kewangan yang hebat mahupun pekerjaan. Apalah sangat erti sekeping diploma?

Sebaliknya, petronas menjanjikan kerjaya yang berpendapatan 4 angka dan bonus berbulan gaji ketika itu. Siapa tidak kenal petronas yang rakyat marhaen berebut untuk bernaung dibawahnya.

Aku termanggu di situ!

Thursday, August 19, 2010

Duduk Antara Dua Sujud

Tuhanku,
Ampuni Aku,
Sayangi Aku,
Tutuplah Aib-aib ku,
Angkatlah Darjat ku,
Berilah Aku Rezeki,
Berilah Aku Petunjuk
Sihatkan Aku
Maafkan Aku

Wednesday, August 18, 2010

Retro: Bila Ramadhan Datang 2

Dalam bas pada malam itu aku mengira dan mencongak ke mana aku selepas ini? Ingatan aku menjejaki kembali apa yang pernah aku lalui sebelum ini. Saat-saat aku mencapai sebuah nilai yang di anggap kejayaan. Diantara semuanya, hanya satu kegagalan yang aku jumpai iaitu, mendapat F dalam satu peperiksaan semester disekolah bagi subjek Bahasa Inggeris. Sebelum itu, aku tidak pernah tahu erti gagal. Aku terus meneroka ruang-ruang memori yang masih hangat ketika itu, aku cuba mencari kekuatan diri sendiri disamping kelemahan yang akan menjadi kekangan untuk aku meneruskan kehidupan selepas aku membuat keputusan yang sangat luar biasa ini.

***

Aku merasakan peluang aku untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sudah tersekat. Aku mula mengisi borang-borang untuk peringkat yang lebih rendah. Ketika itu peluang yang ada sangat sikit, aku hanya memilih 2 institusi untuk halatuju aku dimasa akan datang. Institusi tersebut ialah Institut Latihan Petronas atau dikenali sebagai INSTEP pada hari ini untuk pengambilan siri 1 dan kemasukkan program diploma UPM setelah meminta set borang dari seorang kawan yang tidak memerlukannya sebab dia dapat pergi oversea. Jadi dengan 2 borang tersebut aku bertawakal kepada ilahi. Dan kehidupan diteruskan seperti biasa.

***

Soalan kenapa dan mengapa terus ditujukan kepada aku! Aku bingung untuk menjawapnya kerana aku sendiri tidak tahu apa sebab sebenar aku cabut dari situ.

Tuesday, August 17, 2010

Retro: Bila Ramadhan Datang

Bila ramadhan datang, aku selalu ingat tentang perkara yang akan menjadi penentu kepada apa yang aku akan jadi pada hari ini. Dan mungkin bukan seperti hari ini! (Aku mengharapkan yang lebih baik dari hari ini seperti dalam doa yang selalu aku panjatkan selepas solat)

***

Aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke US dalam bidang kejuruteraan ( setelah aku menyelidikinya). Dalam surat perjanjian yang disertakan, dinyatakan aku akan dibayar RM120000 setahun sepanjang pembelajaran tersebut, dimana setahun aku akan berada di Malaysia dan selebihnya aku akan berada di US.

***

Pagi itu aku tiba ditempat yang ditetapkan, dan mula mendaftarkan diri di sana.
Pembelajaran bermula dengan kelas English, dan semuanya berkait dengan english.

***

Jiwa muda yang bercelaru merasakan disitu bukan tempat aku. Aku melihat kecelaruan identiti amat jelas. Lari dari norma yang diajar di sekolah. Yang beraja disitu adalah hati. Lakukan apa sahaja tiada yang melarang, kerana itulah sepatutnya berlaku di US nanti. Tiada betul dan tiada salah. Lebih baik sesat di situ daripada sesat di US. Mungkin itulah falsafahnya.

Justeru itu aku jadi tidak keruan, aku sudah ada identiti sendiri, walaupun belum jelas halatuju identit aku itu, tetapi sekurang-kurangnya ia di benteng oleh iman dan aku tidak zalim untuk menjadikan aku orang lain. Walaupun aku tidak pandai dibandingkan dengan mereka semua. sekurang-kurang aku masih boleh menggunakan akal aku yang waras ini.

Kecelaruan ini semakin bermakna apabila aku bertemu juga dengan kawan-kawan yang sealiran dan melihat peluang disitu adalah kepincangan. kami berbual tentang kepincangan itu serta nilai yang disemai disitu. Kami membina semangat jati diri corak sendiri.

Akhirnya aku dan mereka bersetuju, tempat itu bukan untuk kami.

***

Dalam gema waktu berbuka puasa, aku sudah berada di hentian putra. Dan aku tidak pernah kembali ke tempat itu.

Thursday, August 12, 2010

Lailatul Qadr Yang Di Cari

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam Lailatul Qadr

2. Dan tahukah kamu, apakah malam Lailatul Qadr itu?

3. Malam Lailatulqadar itu lebih baik dari seribu bulan

4. Malam itu turun malaikat-malaikat dan Malaikat Jibril dengan izin Rabb-Nya untuk mengatur segala urusan

5. Malam itu (penuh) kesejahteran sehingga ke fajar

**Al-Qadr:1:5

Sabda Rasullullah:

1. "Carilah Lailatul Qadr pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan"

2. "Carilah malam Lailatul Qadr di malam ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan"

3. "Sebenarnya aku keluar ingin mengabarkan pada kalian tentang malam Lailatul Qadr, tetapi sifulan dan sifulan berdebat sehingga (waktu Lailatul Qadr) dilupakan dariku. Barangkali itu lebih baik bagi kalian. Carilah di malam 2 9, 2 7 dan 2 5"

Petua oleh Imam Ghazali untuk mencari Malam Lailatul Qadar.

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

1) Ahad atau Rabu – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 29 Ramadhan

2) Isnin – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 21 Ramadhan
3) Selasa atau Jumaat – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadhan

4) Khamis – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 25 Ramadhan

5) Sabtu – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 23 Ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Jika mengikut petua Iman Al-Ghazali itu, sudah pasti untuk tahun ini, ia akan jatuh pada selasa 7/9 malam rabu.

hadis rasulullah tentang tanda Lailatul Qadr:

1. "Pada hari malam lailatul qadr, matahari terbit putih tidak menyilaukan seperti bejana hingga meninggi"

2. "Lailatul Qadr adalah malam yang indah, cerah dan tidak panas dan tidak juga
dingin. Keesok harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan"

Kesimpulan tentang tanda-tanda malam Qadar ialah :

1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


Kata Aisyah "Apabila Rasulullah memasuki sepuluh hari terakhir (Ramadhan), maka beliau mengencangkan kainnya (menjauhi istrinya), menghidupkan malamnya dan membangunkan para istrinya"


Cara menghidupkan malam 21-30:
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar


2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas


3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi
* Solat malam – Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran


Tetapi, harus di ingat, setiap malam di bulan ramadhan penuh dengan keberkatan, isilah sepenuhya setiap malam itu dan anggaplah Lailatul Qadr sebagai bonus bagi mereka yang tidak lalai!

Wednesday, August 11, 2010

Nasihat Ibnu Qayyim

**Sampaikan Oleh Mu walau pun satu ayat**

1. Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah.

2. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah S.W.T

3. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan Allah S.W.T

4. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarnya serta senantiasa sabar sehingga menemuiNya

5. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadanya.

6. Sentiasa berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenarnya kepadaNya.

Siapa Ibnu Qayyim?

Tuesday, August 10, 2010

Dia sedang sakit...

Semalam dia sihat. Tapi hari ini dia sakit. Dia sakit kerana disakiti oleh nafsu aku. Aku tidak tahu sebab sebenar yang membuatkan aku menyakiti dia. Tetapi aku rasa kepala aku sudah cukup dengan ilmu duniawi dan ada kesanggupan dalam hati untuk melihat dia sakit. Tetapi kenyataannya hati aku yang paling kecil kini turut bersedih kerana dia sedang sakit.

Dan kini aku sendiri yang meraba-raba di internet mencari penawar yang mungkin bagi dia. Supaya ia dia jadi lebih sihat dan berkuasa untuk membantu aku di waktu ramadhan nanti.

Telahan hati dan perasaan mengatakan ada ubat yang boleh ku cuba, tapi sekrang aku tidak dapat memperolehinya kerana banyak kekangan dari internet dan penyedia internet ini yang asyik memblok di sana dan di sini.

Aku jadi sangat frust sekarang ini, sedangkan esok sudah mula nak puasa dan dia masih lagi sakit.


*** dia di atas adalah iphone yang aku cuba downgrade dari 4 kepada 3.1.3. tetapi tersalah masuk version original menyebabkan ia perlu di normalizedkan semula tetapi teknologi semalam banyak sudah tidak berguna pada hari ini, begitu pantasnya manusia berfikir

Sunday, August 08, 2010

Escalaphobia

Tiba-tiba dalam keriuhan orang ramai membeli belah di salah satu tingkat di Sogo itu dikejutkan oleh teriakan seorang budak yang menangis sambil melarikan dirinya jauh dari Escalator. Ibunya cuba memujuk. Tetapi tidak memberi kesan yang cukup kuat untuk memotivasikan budak itu.

Sekarang lebih banyak mata mula tertumpu kepada drama itu. Emak yang kelihatan sangat moden itu, tiba-tiba menarik tangan anaknya dan terus berdiri di atas escalator. Budak itu terus menangis dengan lebih kuat sehingga sampai ke floor di bawahnya. Disitu, suara itu kembali perlahan dan kembali kuat apabila ibunya terus memaksa untuk menuruni escalator seterusnya. Aku tidak menghiraukan lagi drama pendek itu, kerana kaki dan tubuhku amat letih selepas memandu sepanjang malam dari KT ke KL.

escalaphobia ialah ketakutan kepada escalator!!

Saturday, August 07, 2010

Dari Tan sri Syed Mokhtar

1. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

2. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?

3. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

4. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan bai

Friday, August 06, 2010

Kecik Hati Aku..

Sewaktu aku sedang menunggu di lampu trafik, tiba-tiba seorang polis trafik datang dengan lampu kelip-kelip birunya terpasang dan menahan jalan yang bersebelahan dengan ku. Jadi kereta dari arah yang bertentangan dengan ku tidak dibenarkan bergerak ke hadapan sehingga urusan polis itu selesai.

Dalam kelip-kelip lampu biru polis trafik itu, tiba-tiba kedengaran bunyi brek merengek dan seorang tokki memandu motosikal rebah disebelah keretaku di sebelah kiri. Atau dengan kata lain ruang tengah antara 2 lane itu. Dari sudut pemanduan, aku dengan jelas nampak kain serban tok ki itu tercampak ke atas jalan. lampu trafik masih lagi merah. dan polis itu masih disitu, menahan kereta dari arah bertentangan daripada bergerak.

Dari jauh kedengaran ngauman motor-motor besar. Satu demi satu, kadang-kadang berkelompok berselari melintasi laluan itu dan mereka semua berlalu pergi dengan pantas. Tokki itu sudah dialih ketepi jalan bersama muatannya dan motosikalnya sehingga dia tenang untuk kembali bergerak dengan motorsikalnya. Lampu sudah hijau, dan aku berlalu pergi dengan pantas.

***

Aku mengulas di dalam fikiran dan membuat kesimpulan, tok aki itu rebah kerana terkejut dengan kehadiran polis trafik berkenaan.

****

Aku sudah selalu mendapat priority kedua apabila bertemu dengan konvoi motorsikal besar atau kecil samada di iringi oleh polis atau tidak.

Dalam kes tidak di iringi polis, aku selalu muskilkan ialah bagaimana orang awam boleh bertindak sesuka hati menahan lalu lintas untuk memberi prioriti kepada kumpulan mereka. Aku selalu bertanya apakah kuasa yang ada pada mereka untuk menahan lalu lintas pada waktu tersebut. Adakah dengan mamakai jacket yang tertulis Marshall atau memasang lampu bulat yang berwarna biru dibumbung kereta, mereka sudah boleh menjadi undang-undang? Apakah undang-undang yang diguna pakai pada waktu itu? Aku selalu muskil? Jika lelaki yang memakai baju Marshall ini di langgar ketika sedang menahan lalulintas apakah kesannya kepada orang yang melanggar dan kepada orang yang di langgar? Mungkinkah hanya hukum rempit akan dipakai ketika itu?

Dalam kes ada polis pengiring pula, aku selalu terfikir, apakah missi yang di bawa sehingga memelukan iringan polis? Apakah sumbangan konvoi itu kepada negara sehingga memerlukan polis? Sedangkan aku tidak nampak sumbangan apa-apa pun melainkan havoc dan nampak 'power'. Kalau dibandingkan dengan mat rempit di jalan durian burung atau padang midin, siapa lebih bacul untuk memuaskan nafsu sendiri dan menjadi tuan?.

Tetapi ada sesetengah konvoi yang memandu dengan baik, seperti juga pengguna jalanraya lain. Memotong dengan beradap, walaupun dalam kumpulan yang ramai, tanpa polis, dan mereka juga bermotor besar. aku rasakan mereka lebih adil dan lebih "live to ride". Itulah keseronokkan sebenar bermotor besar! Dan kadang-kadang aku tabik pada mereka yang begitu, tidak perlu meminta jalan, aku sudi berikan, kerana mereka sudah pasti lebih laju dari aku. itulah kebebasan motor besar sebenarnya.

Sendiri Fikirlah Bro...

Thursday, August 05, 2010

7:178:179

(178) Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk, dan barangsiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang rugi

(179)Dan sesungguhnya Kami jadikan isi neraka Jahanam kebanyakkan dari jin dan manusia, mereka mempunyai HATI, tetapi tidak digunakan untuk MEMAHAMI ayat-ayat Allah, dan mereka mempunyai MATA, tetapi tidak digunakan untuk MELIHAT tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai TELINGA tetapi tidak digunakan untuk MENDENGAR ayat-ayat Allah. Mereka itu sebagai BINATANG TERNAK, bahkan lebih SESAT lagi. Mereka itulah ORANG-ORANG yang LALAI.

Wednesday, August 04, 2010

Oh! Begitu Rupanya.

Begitu 1:

Entah macam mana, banyak sekali suratkhabar arus perdana yang dilanggan pada hari itu. Setelah selesai membaca (baca membelek) kesemuanya, aku sangsi dengan pakatan yang wujud di antara penerbit suratkhabar berkenaan. Yang aku sangsikan ialah mereka berpakat untuk sama-sama mengiklankan barangan perabut. Ye! barangan perabut. Cerita/Gossip/Iklan berangan perabut hampir sama tebal dengan berita yang ingin disampaikan.

Begitu 2:

Setelah selesai dengan suratkhabar aku pun beralih pula ke TV. Kebetulan ada cerita kartun kegemaran aku sedang berlangsung "Avatar: The last air bender". Aku pun menonton dengan dengan sepuas hati tanpa gangguan sesiapa. Malang sekali, dalam pada itu, sempat juga pihak TV menyelitkan iklan-iklan yang merosakkan minda.

Iklan-iklan cerita-cerita masakan dan cerita kisah orang baik-baik seringkali berputar silihganti bertukar di kaca TV. Aku jadi bangang dan bengang, kerana Avatar aku telan kemarahan itu dalam selamba.


Begitu 3:

"Jalan raya terasa sunyi untuk aku terus bermimpi, mata pun tidak mengantuk lagi, bawa ke mana sahaja ku pergi"-lirik butterfingers. Begitulah keadaan jalan raya petang itu digambarkan. Dan radio juga melaporkan, kuih-kuih di pasar batu enam, di pasar cabang tiga dan juga pasar kedai payang habis di beli orang. Aku masih mengira-ngira bilakah nisfu syaaban akan tiba. Rupanya inilah malamnya

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

oh begitu rupanya, pose sudah hampir tiba!
Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.

Tuesday, August 03, 2010

Lord Kelvin Said

"to measure is to know!"

"if you cannot measure it, you can not improve it"

"the true measure of a man is what he would do if he knew he would never be caught"

"In physical science the first essential step in the direction of learning any subject is to find principles of numerical reckoning and practicable methods for measuring some quality connected with it. I often say that when you can measure what you are speaking about, and express it in numbers, you know something about it; but when you cannot measure it, when you cannot express it in numbers, your knowledge is of a meagre and unsatisfactory kind; it may be the beginning of knowledge, but you have scarcely in your thoughts advanced to the state of Science, whatever the matter may be." --[PLA, vol. 1, "Electrical Units of Measurement", 1883-05-03]

Sunday, August 01, 2010

Mengisi Topi Merah

Topi Merah ini sudah punyai :

1. Flash Plugin
2. Audacity
3. VLS
4.Pidgin
5. Fuse + NTFS-3g

dan aku masih mencari-cari bagaimana dengan ScienceLab!

Thursday, July 29, 2010

topimerah

Kata orang tua, kadang-kadang cinta yang berada di depan mata di sampingkan, sebaliknya hati masih mencari yang belum tentu jatuh ke riba.

So sebentar tadi aku sudah berjaya mengantikan ruang ubuntu 10.04 dengan centos 5.5. Perkara pertama yang dibuat ialah memastikan mesin topi merah ini boleh mencapai internet. Walaupun sedikit rumit, tetapi amat berbekas. Terutamanya ketika, USB modem sudah berjaya menghubungi server, tetapi aku masih tidak berjaya mencapai laman web.

Dengan sedikit bacaan dan ilmu yang sudah sedia ada. Akhirnya ia boleh diselesaikan. Puas terasa hingga ke tulang sum-sum. :D

program wvdial juga merupakan program yang berkuasa dan hebat. dengan sekali cubaan sahaja, wvdial sudah berjaya membuat penyambungan.

Apa yang seronok dengan topi merah ini, ialah aku kembali kepada konsep asal linux iaitu

"OS computer scientist, oleh computer scientist dan untuk computer scientist"

hari ini banyak sekali program penyelidikkan yang dijalankan dibawah platform linux.

Yang pasti langkah pertama ini sudah bermula

Wednesday, July 28, 2010

Aku Buntu

Aku bukan peminat tegar Ubuntu kerana aku dilahirkan untuk menjadi topi merah. Tetapi propaganda yang berterusan dari persekitaran, membuatkan aku menjadi pengguna biasa ubuntu. Seperti orang-orang di dalam matrix yang di ikat tengkuk mereka. Aku tidak berjaya melihat kawasan dalaman ubuntu kerana terpesona dengan keindahan luaran dan "kesenangan" yang diberikan membuatkan aku gagal untuk bangun dan merayau di sekelilingnya. Akhirnya aku meratapi kebodohan sendiri.

Semalam aku hampir gagal memasang NAT untuk ubuntu kerana 'keselesaan' itu.

Hari ini aku berazam untuk kembali memakai topi merah, kerana ia adalah sepatutnya menjadi destiny ku dari dulu kini dan selamanya.

Monday, July 26, 2010

Gula

Dengan tambahan tiga posen aku dapat kemanisan tanpa had, bekalan berterusan, tiada barisan panjang dan yang penting ia turut memanjangkan umur!

Sunday, July 25, 2010

Ihsan

"Ihsan adalah engkau beribadat kepada Allah seakan-akan engkau melihatnya, jika engkau tidak melihatnya maka Dia melihat engkau". Itulah jawapan Rasulullah apabila ditanya oleh seorang lelaki yang tiba-tiba masuk dan bertemu beliau.

***

Ketika aku ingin meninggalkan selipar di tangga masjid, tiba-tiba seorang lelaki datang dengan agak pantas dan hampir melanggar bahuku. Aku pun memberikan laluan tanpa berfikir apa-apa seperti selalu. Lelaki itu terus menuju ke anak tangga terakhir dan menguis selipar yang sudah berderet disitu ke kiri dan kanan. Sebaik ada ruang untuk selipar beliau, beliau tangkas memanjat anak-anak tangga masjid terus ke dalam. Selipar yang dikuis tadi pasti sukar ditemui oleh pemiliknya. Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan kontra ihsan, "jika engkau tidak melihatNYA, DIa yang melihat engkau!"

Wednesday, July 21, 2010

Pancaindera

Aku sudah boleh melihat dengan mulut,
Aku sudah boleh mendengar dengan mata,
Aku sudah boleh berkata dengan telinga,
Aku sudah boleh merasa dengan hidung,

dalam lembut ada kabur
dalam kabur ada kasar
dalam kasar ada rapuh
dalam rapuh ada lembut

antara semuanya
lembut
kabur
kasar dan rapuh
adalah sama

dan katakanlah Dia hanya satu
dengan mulut rapuh mu
dengan mata kabur mu
dengan telinga kasar mu
dengan hidung lembut mu

Thursday, July 15, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah, kehidupan fasa dua baru bermula.

Kematian masih tidak berhenti mengekori!

Friday, July 09, 2010

Dimanakah Kejujuran

Aku keluar dari kereta, lantas sempat melirik kereta yang Q di belakang kereta aku menunggu giliran untuk mengisi minyak di sebuah shell. Aku tersenyum memandang kete 'baby' merc itu yang bercermin gelap. Lantas meraba ke dalam poket seluar untuk mengambil dompet.
Selesai dari mengisi minyak, aku menuju ke pintu kereta, brother yang 'rock' keluar dari baby merc dan menunjuk ke bawah pintu kereta dengan suara 'banyak tu!". Aku memandang ke bawah not 50 ringgit terdampar di situ. Brother rock hilang ke dalam kedai shell dan aku berterimakasih di dalam hati.

****
Hari itu hari khamis, dan aku beratur di satu barisan panjang untuk membeli keropok lekor sebagai buah tangan untuk seseorang. Kedai keropok lekor ini amar popular. Selalunya aku tidak pernah berhenti beli disini jika Q sudah panjang. Lebih baik makan sahaja di hari lain. Tetapi hari ini ada sedikit kelainan kerana aku amat perlukan keropok lekor ini sebagai buah panjang. Tiba seorang lelaki berpakaian smart, bertelefon nokia navigator bercakap rancak dan beratur dibelakang ku.

Sejam beratur akhirnya aku dan lelaki itu, tiba dikaunter, bila aku menyatakan pesanan, gadis kaunter berkata "lelaki ini dulu", aku memandang lelaki itu, tetapi dia diam membisu tiada kejujuran langsung dan aku juga diam kerana aku rasa tak de bezanya, antara aku dan dia kerana pasti akan mendapat bahagian masing-masing dan aku tidak perlu kecoh. Lelaki itu berlalu pergi dengan keropoknya. Dan aku terpaksa menunggu 20 minit lagi untuk keropok seterusnya masak,

***

AKu teringat sebuah hadis, "tidak halal harta saudara seagama mu....". Aku rasa dalam kes ini harta yang dimaksudkan ialah masa. Dan selali jugak disebut

"ikhlas adalah seperti semut hitam di atas sebuah batu hitam di malam yang gelap gelita"

Monday, July 05, 2010

Cinta II

Cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri menjadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah
itulah cinta!

Thursday, July 01, 2010

iPhone OS ver 4 (IOS 4)

Setelah beberapa kali mendapat info techrepublic tentang kemunculan IOS 4, hati terpanggil untuk mencubanya. Tapi macam biasa, "tak reti, dan tak tau puncanya".

Seorang kawan SMS memberitahu diatelah berjaya 'restore' IOS 4 ke dalam 3GS. Tetapi tidak yakin samada procedure yang sama boleh dilakukan ke atas 3G atau tidak.

Akhirnya iphonehacks.com telah mengeluarkan artikel bagaimana untuk restore IOS 4 ke dalam iphone 3G dalam persekitaran Windows.

Setelah beberapa kali membaca arahan step by step tersebut, aku amat confident boleh melakukannya. Jadi dengan senang hati aku pun memulakan procedure tersebut.

Lebih kurang satu jam, iphone pundi restart dan aku pun sudah berjaya meletakkan/menggunakan OS yang latest untuk Iphone.

Malang sekali, procedure yang diberi tidak termasuk dengan unlock. Jadi ketika itu, Iphone aku masih tidak kenal jenis sim card yang dimasukkan.

Prosess terakhir perlu dilakukan ialah process unlock iaitu dengan memang program "ultrasn0w" ke dalam iphone. Untuk proses ini, aku memerlukan capaian WiFi, jadi terpaksa aku menunggu dalam 1 jam untuk berada dalam persekitaran WiFi.

Sebaik sahaja, berada dalampersekitaran tersebut, prosess memuaturun dilakukan oleh 'CyDia' iaitu program jailbreaker iphone dilakukan dengan pastas sekali. Sekali lagi selepas reboot, Iphone sudah berjaya mengesan signal Celcom, dan aku sudah boleh berkomunikasi. Mesej pertama aku hantar, ialah "Dah boleh dah! kepada kawan aku yang kat atas tu.


So, kesimpulannya, amat mudah sekali untuk memasang IOS 4 ke dalam iphone.

Wednesday, June 30, 2010

Quran:3:185

Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga maka sungguh, ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Quran:3:185

Saturday, June 26, 2010

Desa Anthurium Apartment



Setibanya di desa Anthurium aku terus menelefon "encik" yang incharge pada hari tersebut.


Beberapa minit kemudian beliau tiba, rupanya "encik" yang aku panggil itu ialah seorang perempuan yang lelaki. Aku terus membetulkan panggilan dan meny
elesaikan hal-hal berkaitan dengan penyewaan. Baki RM400 terus dibayar lungsum dan resit dikeluarkan, pintu apartment dibuka, dan aku terus ditinggalkan dengan pesanan "jika ada masalah sila telefon".



Apartment ini boleh dikatakan cantik dan berada di persekitaran yang cantik.


Pokok buah limau dan pokok bunga-bunga tumbuh segar dan berbunga amat cantik sekali. Mungkin tidak akan subur sebegitu jika di tanah rendah.

Apartment 3bilik disediakan dengan semua peralatan asas untuk memasak seperti dapur, pinggan mangkuk serta periuk. Apartment ini dikatakan untuk muslim guest sahaja, jadi aku lebih confident menggunakan peralatan yang disediakan kat situ.


Selain dari katil kembar dalm setiap balik, 2 bilik utama disediakan juga satu katil bujang. Di samping itu, ada 3 lagi tilam double yang boleh dibentangkan di ruang tamu.

Penginapan di sini amat selesa sekali.


Pasang Pelayar

 1. Kalau ikut kamus dewan, istilah install diertikankepada pasang, iaitu memasang perkakasan dan perisian ke dalam komputer. jadi dalam kes...